PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan membuat keputusan drastik apabila membekukan semua pertukaran dalaman di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau turut mengarahkan pegawai tertinggi kementerian untuk menyemak semula semua kenaikan pangkat dan pertukaran di peringkat JPN dan PPD di seluruh negara yang berlaku dalam tempoh dua bulan lalu. “Dengan tindakan ini, saya harap rakyat mendapat mesej yang…










