HARI ini masuk hari kelima umat Islam di seluruh negara menyambut Aidilfitri setelah sebulan menjalani ibadah puasa pada bulan yang penuh dengan keberkatan itu. Walaupun sudah masuk hari kelima, bahang Aidilfitri masih lagi hangat khususnya dalam kalangan warga kota yang masih bercuti dan berada di kampung halaman masing-masing untuk meraikan hari lebaran bersama sanak saudara. Pada masa yang sama, ada juga dalam kalangan kita yang sudah masuk ke pejabat dan…










