KETIKA umat Islam di Malaysia menyambut kedatangan Syawal malam ini, Stadium Luzhniki, Moscow bakal bergegar dengan aksi pembuka tirai Piala Dunia 2018 di Rusia. Pasukan tuan rumah akan melayan kunjungan Arab Saudi dalam aksi Kumpulan A pada temasya bola sepak terbesar dunia bagi edisi ke-21 itu. Rusia yang dibimbing Stanislav Cherchesov sudah pasti mahu meraih kemenangan sulung bagi merealisasikan sekurang-kurangnya mara ke saingan kalah mati dengan mengintai peluang berada dalam…










