Kedudukan ATM di Arab Saudi dinilai semula - Utusan Malaysia

Kedudukan ATM di Arab Saudi dinilai semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kementerian Pertahanan akan menilai semula keputusan kedudukan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Arab Saudi yang diputuskan oleh kerajaan sebelum ini.

MOHAMAD SABU
MOHAMAD SABU

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kehadiran ATM di negara Arab itu menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Timur Tengah.

“Kerajaan sedang menilai semula keputusan kerajaan terdahulu yang menempatkan satu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Arab Saudi bagi tujuan siapsiaga untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman.

“Malaysia sama sekali tidak pernah terlibat dalam operasi menyerang Yaman yang juga sebuah negara Islam.

“Sungguhpun begitu, kehadiran ATM di Arab Saudi secara tidak langsung menyebabkan Malaysia terperangkap dengan konflik di Timur Tengah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa-kuasa besar dunia.

Justeru, kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat mengenai perkara ini selepas penilaian semula selesai dijalankan.

Terdahulu, kerajaan menempatkan ATM di Arab Saudi bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Yemen yang sedang berhadapan dengan konflik.

Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein penempatan ATM di sana tiada kena mengena dengan kempen ketenteraan Arab Saudi terhadap Yemen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN