Kecam kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin : Mapim ajak rakyat Malaysia bersatu, sertai perhimpunan Hari Al-Quds 8 Jun ini - Utusan Malaysia

Kecam kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestin : Mapim ajak rakyat Malaysia bersatu, sertai perhimpunan Hari Al-Quds 8 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Jun – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengajak rakyat negara ini bersama-sama menyertai perhimpunan aman Hari Al-Quds bagi menentang pencabulan serta kezaliman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Menurut Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid perhimpunan aman yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur itu diadakan selepas solat Jumaat pada 8 Jun ini serentak dengan himpunan Hari Al-Quds di seluruh dunia.

“Justeru, kita menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama serta fahaman politik bersama-sama menyertai perhimpunan Hari Al-Quds sebagai tanda solidariti serta pendirian kita mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin selain menuntut pembebasan Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa.

“Malah, satu memorandum khas kepada Presiden AS, Donald Trump juga akan diserahkan di kedutaan berkenaan yang mana kita mengecam pengisytiharan AS yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel selain memindahkan kedutaan mereka di kota suci itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN