SAINT PETERSBURG – Jaringan Lionel Messi pada babak pertama dan Marcus Rojo empat minit sebelum tamat permainan mengubah nasib Argentina dengan bangkit daripada prestasi hambar untuk mara ke pusingan 16 terbaik Kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA hasil kemenangan 2-1 ke atas Nigeria pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Saint Petersburg, Rusia awal pagi ini. Kemenangan pertama ini menyaksikan Argentina merampas slot terakhir itu daripada tangan Nigeria setelah menghuni tangga…










