Jualan Proton bulan Mei meningkat - Utusan Malaysia

Jualan Proton bulan Mei meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Proton Hol­dings Bhd. (Proton) mencatat kenaikan sebanyak 2.3 peratus iaitu 4,091 unit dalam jualan bulan Mei 2018 berbanding 3,999 unit kereta yang dijual pada bulan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Rashid Musa berkata, jualan terus meningkat meskipun terdapat sentimen pasaran yang tidak menentu pada bulan Mei dan jualan bertumpu kepada penghujung bulan.

Menurutnya, Saga dan Persona terus menjadi model popular Proton dan ia mewakili 70 peratus daripada jumlah jualan untuk bulan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peningkatan pada prestasi jualan ini disumbangkan sebahagian besarnya daripada pemansuhan Cukai, Barang dan Perkhidmatan (GST). Ia ditambah pula dengan promosi Proton berhubung pembiayaan sifar peratus untuk tahun pertama serta ansuran tiga bulan percuma kepada pelanggan.

“Proton akan terus berusaha membuat tawaran terbaik kepada pelanggan kerana kami sedar bahawa memiliki produk yang baik sahaja tidak mencukupi sekiranya tiada daya tarikan tambahan ditawarkan untuk menarik pelanggan berkunjung ke bilik pameran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Abdul Rashid menjelaskan, syarikat telah melaksanakan beberapa langkah dan usaha yang tepat untuk meningkatkan mutu produk serta tawaran yang menarik bagi memudahkan pemilikan kereta.

Selain itu, jelasnya, Proton sedang me­laksanakan promosi Duit Raya sempena sambutan hari raya.

Melalui promosi tersebut, ia akan membolehkan pelanggan memiliki sebuah model Saga di bawah RM30,000 untuk harga jualan bersih.

“Ia merupakan tawaran harga terbaik dalam tempoh 10 tahun dan pelanggan juga bakal mendapat penjimatan sehingga lebih daripada enam peratus bagi Persona, Iriz dan Ertiga sempena sambutan Aidilfitri akan datang,” terangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini