JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor menyokong penuh keputusan kerajaan persekutuan untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR). Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, keputusan kerajaan persekutuan membatalkan projek itu amat tepat dan bersesuaian dengan pendekatan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mahu membebankan negara dengan projek-projek mega yang boleh menyebabkan pertambahan hutang dan pada masa sama berusaha mengurangkan hutang negara. Katanya, kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor,…










