Jho Low, Nik Faisal dicari SPRM - Utusan Malaysia

Jho Low, Nik Faisal dicari SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang dikaitkan de­ngan skandal berbilion ringgit 1Malaysia Deve­lopment Bhd. (1MDB), Jho Low mungkin mendapati hari-harinya untuk berpesta dengan selebriti, membeli hartanah dan bercuti di atas kapal mewah bakal ber­akhir apabila dia kini buat pertama kalinya secara rasmi menjadi buruan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM).

Selain Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, turut dicari SPRM ialah Pengarah SRC International Sdn. Bhd. (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC.

SRC yang merupakan anak syarikat 1MDB sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012 didakwa memasukkan wang RM42 juta ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPRM dalam satu kenya­taan semalam berkata, Jho Low, 37, yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Nik Faisal Ariff Kamil, 47, yang memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 pula mempunyai alamat ter­akhir di No. 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor dan No. 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN