Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan urus tuntutan, pembayaran dan agihan - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan urus tuntutan, pembayaran dan agihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan akan menguruskan hal-hal berkaitan tuntutan, pembayaran dan pengagihan royalti petroleum oleh kerajaan persekutuan kepada negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan persekutuan berhubung perkara tersebut selepas ia dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara baru-baru ini.

“Setakat ini (maklumat yang diterima berhubung pembayaran royalti adalah) apa yang disebut perdana menteri pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (baru-baru ini). Jadi secara rasminya kita tunggulah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidifiltiri anjuran Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti berkata, jawatankuasa itu dibentuk ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menjadi Menteri Besar Kelantan.

“Jawatankuasa ini merancang tindakan-tindakan sehingga kita ambil keputusan untuk menyaman Petronas di mahkamah. Jadi kalau kerajaan persekutuan setuju untuk membayar royalti tuntutan (untuk menyaman) itu tidak berbangkit lagi,”katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini