Jangan buat wakaf dosa -Rosyam Nor - Utusan Malaysia

Jangan buat wakaf dosa -Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUHAMAD IZZAT NASURUDEN/pix boy

KUALA LUMPUR 3 Jun – Selebriti terkenal, Datuk Rosyam Nor menyifatkan tindakan pihak yang cuba untuk menggerakkan kempen boikot terhadap pasar raya ST Rosyam Mart miliknya bermotifkan politik dan terpengaruh dengan fitnah.

Menurut Rosyam, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagaimana yang tular di laman sosial sebelum ini.

“Selepas berita mengenai pembukaan pasar raya ini tular di laman sosial, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar saya dengan memuat naik kenyataan di laman sosial yang mengkritik Dr. Mahathir.

“Segelintir netizen yang terpengaruh dengan fitnah ini telah bertindak untuk menggerakkan kempen boikot terhadap pasar raya saya. Di bulan Ramadan yang mulia ini, saya berharap semua pihak berhati-hati dengan sebarang maklumat di laman sosial agar terhindar daripada melakukan wakaf dosa,” katanya ketika ditemui pemberita dalam progam Ride for World #QuranHour yang berlangsung di perkarangan Masjid Negara, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN