Isteri Aliff Syukri selamat bersalin tanpa jahitan - Utusan Malaysia

Isteri Aliff Syukri selamat bersalin tanpa jahitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 31, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15 kilogram di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini hari ini.

Berdasarkan laman Instagram milik ibunya iaitu Rozita Ibrahim yang juga pengasas produk Sendayu Tinggi bersyukur apabila menantunya itu melalui proses kelahiran yang mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

“Senang sangat menantu saya bersalin selepas bukaan empat sentimeter. Teruja sangat saya sampai terlupa nak pakai kasut sewaktu berkejar nak sambut cucu.

“Alhamdulillah, seorang cucu lelaki yang sangat comel,” katanya memetik kapsyen yang dimuat naik bersama sebuah klip video sekitar pukul 4.50 petang.

Terdahulu, sebelum Shahida melahirkan bayi tersebut, Aliff ada memuat naik sekeping foto ketika menemani isterinya menanti detik untuk bersalin.

“Penantian enam tahun akhirnya kini tiba. Rasa tak sanggup nak tengok isteri di dalam bilik bersalin. Kuatnya pengorbanan seorang ibu,” tulisnya.

Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Kemudian, pada tahun lalu pasangan tersebut mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum yang kini berusia sembilan serta tujuh bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN