ST PETERSBURG 16 Jun – Satu gol sendiri pada detik akhir perlawanan sudah cukup buat Iran untuk meraih kemenangan penuh dramatik 1-0 ke atas Maghribi pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, sebentar tadi. Gol sendiri jaringan Aziz Bouhaddouz itu berpunca daripada sepakan percuma pemain pertahanan Iran, Ehsan Hajsafi pada minit akhir perlawanan. – REUTERS










