Instagram perkenal ciri baharu muat naik klip video - Utusan Malaysia

Instagram perkenal ciri baharu muat naik klip video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Jun – Laman Instagram memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna memuat naik klip video berdurasi panjang.

Lapor BBC, IGTV membenarkan pengguna untuk memuat naik klip berdurasi lebih daripada 60 saat buat pertama kalinya.

Namun, masih tidak jelas video tersebut termasuk dengan iklan atau pengguna perlu membayar untuk memuat naik isi kandungan kerana berada dalam platform sama seperti YouTube.

Pengasas Instagram, Kevin Systrom ketika bercakap kepada Newsbeat berkata, perkara itu tidak perlu tergesa-gesa untuk difikirkan.

IGTV juga akan memaparkan paparan video dalam bentuk potret, iaitu cara biasa orang ramai menggunakan telefon bimbit mereka.

Systrom berkata, rakaman vi­deo seharusnya mendapat tempat yang lebih baik.

Selain itu, ‘Instagram Story’ yang biasanya tamat selepas 24 jam mempunyai had video 15 saat bagi setiap klip.

Selain itu, beliau memberitahu, Instagram ingin mengubah cara pengguna membuat dan menonton video, berbeza daripada media tradisional seperti komputer dan televisyen.

“Semua data yang kami ada menunjukkan bahawa orang ramai menghabiskan sedikit masa di hadapan televisyen berban­ding ketika menggunakan telefon pintar masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN