PUTRAJAYA 8 Jun – Bayaran insentif Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 kepada seramai 112,653 peneroka Felda di seluruh negara dijangka disalurkan pada 12 Jun ini. Lim Guan Eng Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kementeriannya telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Felda melalui Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan pemberian insentif berkenaan “Bagi peneroka yang mempunyai akaun dengan Felda, insentif ini akan terus dikreditkan kepada mereka, manakala bagi yang tidak…











