ROSTOV, Rusia – Harapan negara kerdil, Iceland untuk mencipta kejutan mara ke pusingan kedua pentas Piala Dunia 2018 tidak kesampaian selepas tewas 1-2 di tangan Croatia dalam aksi terakhir Kumpulan D di Arena Rostov sebentar tadi. Iceland yang memerlukan tiga mata penuh berada di tangga tercorot peringkat kumpulan selepas hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan manakala Argentina sah menyertai Croatia mara ke pusingan kalah mati yang akan berlangsung minggu…










