Identiti suspek bunuh pemandu Grab dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti suspek bunuh pemandu Grab dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Polis mengenal pasti identiti penumpang terakhir dipercayai menggunakan perkhidmatan e-hailing GrabCar, Aiman Nosri yang ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya di Taman Selayang Makmur, Gombak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, maklumat pelanggan itu diperoleh pihaknya daripada pengurusan perkhidmatan e-hailing GrabCar bagi membantu siasatan kes setelah permohonan dibuat.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, kami dimaklumkan dan percayai penumpang terakhir yang menggunakan khidmat e-hailing mangsa merupakan seorang lelaki warga asing.

“Usaha mengesan warga asing terbabit giat dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kong Seng memberitahu, hasil bedah siasat yang dilakukan mangsa didapati sesak nafas sebelum meninggal dunia.

“Pada leher mangsa juga didapati terdapat kesan melecet dipercayai dijerut, namun punca kematiannya disebabkan sesak nafas kerana didakwa ditekup menggunakan baju T miliknya sendiri.

“Siasatan lanjut pada mangsa mendapati dompet serta satu telefon bimbit milik mangsa hilang,” ujarnya.

Jelas Kong Seng, motif pembunuhan setakat ini masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN