Wakil Asia, Korea Selatan yang menghuni kumpulan F bersama pasukan handalan lain pastinya turut mencuri tumpuan peminat selepas pasukan tersebut dibarisi beberapa pemain yang beraksi di Liga Perdana England (EPL). Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dan Ki Sung-yueng dari Swansea City pastinya menjadi sandaran utama pengendalinya, Shin Tae-yong ketika beraksi di Rusia nanti. Bagaimanapun, ramai pihak berpendapat, Heung-min bakal berdepan tekanan tinggi bermain bersama skuad kebangsaan berbanding bersama Tottenham berikutan…










