SEAWAL pukul 6 petang, deretan kereta berpusu-pusu memasuki pekarangan Hotel The Majestic, Kuala Lumpur. Meskipun majlis itu hanya akan bermula pada pukul 8 malam, para jemputan yang terdiri daripada barisan tetamu kehormat, selebriti terkenal negara, penulis blog dan pencinta fesyen sudah berada di lokasi tersebut. Kesemua mereka tidak sabar untuk menyaksikan pelancaran Koleksi Raya 2018 daripada hab fesyen terbesar negara, Primavalet. Pelbagai himpunan jenama fesyen terbaik termasuk Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny,…










