PUTRAJAYA 29 Jun. – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dituntut untuk memohon maaf kerana menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan rasmi kementerian berkenaan. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan. “Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang dikhususkan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, tiada bahasa lain, bahasa adalah jiwa bangsa. “Kalau menteri langgar,…










