Pelaksanaan kadar sifar peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa pada 1 Jun lalu menyaksikan semakin banyak pengunjung memenuhi pusat beli-belah bagi mendapatkan barangan keperluan. Selain barangan keperluan, orang ramai turut mengambil kesempatan ini mendapatkan barangan kehendak yang sudah lama diimpikan seperti kereta baharu, barang kemas, telefon pintar mahupun bertindak menyelenggara kenderaan mereka. Penulis pada Jumaat lalu menghadiri sidang akhbar mengenai sifar peratus GST anjuran Habib Jewels Sdn. Bhd.…










