Griezmann kecil-kecil cili padi - Utusan Malaysia

Griezmann kecil-kecil cili padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARA-GARA memiliki tubuh kecil, hasrat Antoine Griezmann untuk menyertai akademi kelab bola sepak Lyon tidak kesampaian dan kerana kecewa gagal menyertai kelab idamannya dia membuat keputusan memasuki kelab di kampungnya, UF Macon.

 

Terima kasih kepada bapanya, Alain Griezmann menggunakan pengaruhnya sebagai ahli majlis bandar bagi membolehkan anaknya menyertai UF Macon.

Alain merupakan seorang tokoh politik di Perancis dan kekayaan yang dimilikinya cukup untuk membesarkan Antoine dengan sempurna. Ibunya, Isabelle Griezmann pula pernah bekerja sebagai tukang cuci di hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antoine tidak terpengaruh dengan karier politik bapanya sebaliknya dia mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak kerana datuknya, Amaro Lopes merupakan pertahanan kental malah pernah mewakili skuad kebangsaan Portugal.

Selain itu, dua legenda Perancis, Zinedine Zidane dan Thierry Henry turut mempengaruhi Antoine selepas dia melihat kejayaan kedua-dua pemain tersebut menjulang trofi Piala Dunia buat kali pertama pada 1998 di laman sendiri.

Sewaktu beraksi bersama UF Macon, Antoine masih menyimpan harapan untuk menyertai kelab bola sepak terkemuka di Eropah namun selepas beberapa kali percubaan dia menemui jalan buntu disebabkan tubuhnya yang kecil.

Usaha keras Antoine akhirnya membuahkan hasil apabila ketika dia beraksi bersama kelabnya menentang akademi bola sepak Paris Saint-Germain (PSG), dia berjaya menarik minat beberapa pencari bakat yang menyaksi perlawanan tersebut.

Pencari bakat Real Sociedad menunjukkan kesungguhan berbanding yang lain apabila menawarkan tempoh percubaan selama seminggu di San Sebastian, dan Antoine diterima masuk menyertai kelab tersebut.

Antoine kemudian ditawarkan tempoh percubaan selama seminggu di kelab itu dan apabila mereka mengatakan dia bakal menjadi bintang pada masa depan, kelab tersebut menghubungi ibu bapa Antoine dan menawarkan kontrak secara formal.

Pada awalnya, orang tua Antoine keberatan untuk melepaskan anak mereka namun selepas diberi jaminan akhirnya mereka bersetuju.

Antoine terpaksa menunggu selama empat tahun untuk menyertai skuad utama Real Sociedad kerana ia dibuat berdasarkan sistem kelab tersebut.

Tertarik dengan tawaran lumayan Atletico Madrid yang menawarkan kontrak 24 juta pound (RM127 juta) telah mengaburi mata Antoine, dan selepas lulus pemeriksaan kesihatan dia diikat selama enam tahun pada 29 Julai 2014.

Antoine dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan La Liga pada Januari 2015 walaupun hanya membuat tiga penampilan daripada lima perlawanan.

Dia menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini kekasih zaman remaja, Erika Choperena secara rahsia, tahun lalu.

Perkahwinannya dengan pakar psikologi kanak-kanak itu dikurniakan seorang puteri bernama Mia Griezmann.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini