KOTA BHARU 17 Jun – Tiga lelaki termasuk dua beradik mengambil kesempatan melakukan jenayah samun dalam tempoh sembilan jam ketika ramai yang masih lagi meraikan Hari Raya Aidilfitri. Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30 hingga 33 tahun itu memulakan kegiatan jenayah mereka dengan menyamun sebuah kereta Perodua Alza warna putih milik seorang wanita berusia 26 tahun. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kesemua suspek bertindak licik apabila melupuskan barang…










