Garis Panduan Amalan Klinikal Kanser kolorektal pertama dilancar - Utusan Malaysia

Garis Panduan Amalan Klinikal Kanser kolorektal pertama dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Kementerian Kesihatan hari ini melancarkan buku Garis Panduan Amalan Klinikal Kanser Kolorektal atau kanser usus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, buat julung-julung kalinya, buku garis panduan itu mengandungi maklumat mengenai strategi komprehensif, diagnosis dan pemeriksaan awal, tahap penyakit serta rawatan susulan bagi pesakit kanser kolorektal.

“Objektif garis panduan ini bertujuan untuk membantu pakar perubatan keluarga dan penyedia rawatan kesihatan dalam menyediakan rangka saringan, program rujukan berdasarkan simptom serta risiko yang dihadapi oleh pesakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap garis panduan tersebut dapat membantu mengurangkan perbezaan amalan klinikal dan pengurusan pesakit termasuk diagnosis, pengesanan dan rawatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Garis Panduan Klinikal berkaitan Kanser kolorektal di Hospital Selayang di sini hari ini.

Hadir sama, Pemangku Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Mohd. Fikri Ujang dan Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi.

Jelasnya, semua Pakar Perubatan Kementerian Kesihatan dan swasta perlu mempraktikkan garis panduan bagi rawatan kanser kolorektal yang telah dibangunkan dalam tempoh dua tahun.

Hisham menambah, kanser kolorektal merupakan kanser kedua paling umum dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas kanser paru-paru.

Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2013 menunjukkan purata 21.3 kes kanser kolorektal direkodkan bagi setiap 100,000 penduduk di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini