KANGAR – Keunikan Gua Kelam yang terkenal dan menjadi daya tarikan pelancongan Perlis akan lengkap apabila sebuah galeri mengandungi maklumat penting mengenai gua batu kapur itu serta flora dan fauna yang istimewa dibuka kepada orang ramai Oktober ini. Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perlis, Awang Shafie Awang Ahmad, galeri yang asalnya bangunan pelombong bijih yang dinaik taraf, dibaik pulih melalui peruntukan kerajaan negeri bermula akhir tahun lepas. Galeri ini akan diisi…










