KETIKA menghasilkan nukilan untuk kolum ini, saya yakin masih ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia yang bekerja di ibu kota Kuala Lumpur (KL) termasuk rakan-rakan sepejabat penulis sendiri masih beraya sakan di kampung masing-masing. Tambahan pula golongan yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah. Sekolah hanya akan kembali beroperasi pada hari Isnin, 25 Jun depan, justeru ada yang dijangka kembali ke ibu kota sama ada menjelang esok atau setidak-tidaknya paling lewat, lusa.…










