Fathul Bari tawar diri bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO - Utusan Malaysia

Fathul Bari tawar diri bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya antara calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau mengumumkan secara rasmi keputusan itu menerusi akaun Facebook rasminya iaitu Dr. Fathul Bari hari ini.

Dalam pada itu, anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin itu turut berhasrat bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Intifada@Kebangkitan UMNO memerlukan kesetiaan, kesediaan untuk berubah dan ketauhidan saf serta istiqamah demi ABATA (Agama, Bangsa dan Tanah Air).

“Maka dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab, saya Fathul Bari Mat Jahya menawarkan diri bagi pemilihan UMNO sesi 2018-2021 sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, ” katanya dalam catatan terbaharu di akaun Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini