KUALA KANGSAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Perak mengambil tindakan terhadap dua peniaga di Ipoh kerana didapati gagal menurunkan tanda harga Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas. Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, peniaga terbabit telah diberikan notis untuk menurunkan harga di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Beliau berkata,…











