Dua pengawal peribadi Jamal ditahan - Utusan Malaysia

Dua pengawal peribadi Jamal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jun – Polis menahan dua pengawal peribadi Datuk Seri Jamal Yunus kerana disyaki terlibat kes pecah rumah Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek pertama berusia 29 tahun ditahan di Paroi, Negeri Sembilan pada pukul 2 pagi, dua hari lalu.

“Kita kemudian menahan suspek kedua berusia 25 tahun di kawasan Ampang Jaya pada pukul 6.30 petang semalam.

“Kedua-dua suspek kini dalam tahanan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, empat lelaki yang mengaku sebagai pengawal peribadi Jamal telah memecah masuk kediaman Jamal dan melarikan pelbagai jenis barangan pada Ahad lalu.

Pihak polis menerima laporan mengenai kes kecurian itu daripada syarikat keselamatan yang mengawal kediaman terbabit pada 8.30 pagi hari yang sama.

Keempat-empat suspek mengambil satu beg pakaian besar dan beberapa barangan lain seperti cermin mata, pakaian, beg tangan dan juga melarikan dua alat perakam kamera litar tertutup (CCTV). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN