Dua gol Lukaku bantu Belgium benam Panama - Utusan Malaysia

Dua gol Lukaku bantu Belgium benam Panama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI 19 Jun – Romelu Lukaku menjaringkan dua gol bagi membuktikan bahawa Belgium masih lagi hebat dalam kempen Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Panama 3-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Fisht, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-69 dan ke-75 manakala jaringan awal diraih menerusi Dries Mertens sewaktu minit ke-47.

Kemenangan itu membolehkan Belgium yang ketika ini berada di ranking ketiga dunia berada di landasan terbaik bagi menamatkan aksi peringkat kumpulan dalam kelompok dua terbaik.

Selepas ini Belgium dijadual menentang Tunisia dalam aksi kedua peringkat kumpulan pada Sabtu ini manakala Panama akan bertemu England sehari selepas itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN