Dua cedera diserang wanita di Marseille - Utusan Malaysia

Dua cedera diserang wanita di Marseille

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE 17 Jun – Dua orang cedera akibat diserang oleh seorang wanita yang bersenjatakan pisau pemotong kotak di sebuah pasar raya di bandar La Seyne-sur-Mer, Toulon hari ini. Mangsa merupakan seorang lelaki yang cedera pada bahagian dada dan seorang wanita yang bekerja di bahagian kaunter pasar raya berkenaan. Difahamkan ketika kejadian, suspek telah melaungkan `Allahuakbar’ lantas menyerang kedua-dua mangsa. Mangsa mengalami cedera ringan dan telah dikejarkan ke hospital. Pendakwa Raya tempatan, Bernard Marchal menyifatkan kes itu sebagai kes terpencil namun tidak mengetepikan kemungkinan suspek pengikut radikal. – AFP habis.

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN