DUNGUN 27 Jun – Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri menawarkan diri bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Dungun Sabtu ini yang dijangka meneruskan tradisi persaingan sengit walaupun dalam era baharu parti tanpa kuasa.
Penyandangnya kini, Datuk Din Adam akan mempertahankan jawatannya yang dimenangi penggal lalu bakal dicabar oleh timbalannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud yang dianggap mula membina kekuatan baharu dengan kedudukannya sebagai ADUN tunggal Barisan Nasional di bahagian ini.
Din yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi kerusi Parlimen juga merupakan bekas ADUN Bukit Besi, satu-satunya kawasan yang dianggap kubu kuat UMNO sekian lama, dan ini terbukti dengan kerusi yang dimenangi melalui Roslee dalam Pilihan Raya Umum lalu.
Din ketika dihubungi Utusan Online percaya dan menaruh keyakinan akan dapat mengekalkan jawatan tersebut.
“InsyaAllah, dengan rekod perkhidmatan dan penerimaan, jika terus diberi peluang dan kepercayaan menerajui kepemimpinan parti, saya bersedia memikul tanggungjawab yang semakin berat dalam era cukup getir bagi parti kini,”ujarnya.
Dalam pemilihan kali ini, Dungun merupan antara bahagian yang menyaksikan ramai calon bertanding bagi semua jawatan kecuali jawatan Pengerusi Tetap yang dimenangi tanpa bertanding oleh Abdullah Mustaffar.
Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan antara Mohd Nasir Hashim dengan Abdul Fatah Wan Abd. Rahman manakala jawatan Timbalan Ketua bahagian menjadi saingan antara Ahmad Kamal Abdullah, Azhar Jambol dan Datuk Abdul Aziz Ismail.
Begitu juga dengan jawatan Naib Ketua Bahagian menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Zulkifly Harun, Ahmad Jelani Abd. Ghani dan Mohd Asri Mohamad.
Sementara itu, seramai 45 calon pula menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Jawankuasa.
Mereka ialah Ab Wahab Mohd Amin, Che Mat Che Din, Jamal Sukri Razali, Zulkifli Embong, Mokhtar Omar,Razali Laksana Ahmad, Noor Azman AbAziz@Md. Noor, Wan Ini Wan Sulong, Bidi Abdullah,Wahid Kassim, Md Shfie Salleh, Mazlan Dagang dan Azman Ariffin.
Turut menawarkan diri ialah Mahusin Taib, Salleh Samat, Kamaruddin Puteh, Mohd Armi Hitam, Mohd Nazri Mohd Nasir, Rosda Ramli, Shahairi Abdul Wahab, Rosli Mohamed, Azmi Abd. Rahman, Ramlee Othman, Suza Amsyari Sulaiman, Syed Roduan syed Nor, Mohd Annuar Ali, Razalee Che Ngah, Razali Dollah dan Hamidah Che Din.
Lain-lain calon ialah Aswadi Abdullah, Mohd Asmadi Khalid, Zainum Hamad, Ramlee Ab. Rahman, Jasmie Taib, Ahmad Rahmat Ramlee, Mustafa Pakir Mohamad, Saifuddin Anuar, Ahmad Soffian Aziz, Kamarudin Saman, Abd. Ghafar Bakar, Annuar Ibrahim, Hafizu Din, Fatimah Osman, Mohd Ghozali Mamat dan Mohd Zafee Hashim.
Tiga calon yang bertanding jawatan Pemeriksa Kira-Kira pula ialah Ahmad Ibrahim, Wan Arma Wan Endot, Aziahwati Abdullah dan Harun Abdullah@Ilias. -UTUSAN ONLINE











