KUALA LUMPUR 7 Jun – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, laporan kononnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak telah meninggalkan Barisan Nasional (BN) adalah di luar pengetahuan beliau. AHMAD ZAHID HAMIDI Pengerusi BN itu menegaskan beliau tidak bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang merupakan Presiden PBB dan merayu supaya parti itu tidak meninggalkan BN sebagaimana dilaporkan. Bagaimanapun, Ahmad Zahid menghormati dan mengalu-alukan…










