De Gea bakal bangkit menyinar - Utusan Malaysia

De Gea bakal bangkit menyinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALININGRAD – Pembantu jurulatih Sepa­nyol, Carlos Marchena meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada David de Gea dan yakin penjaga gol Manchester United itu akan bangkit mempamerkan persembahan terbaik pada saingan Piala Dunia 2018 di Rusia.

De Gea dikritik hebat selepas mempamerkan aksi hambar ketika berdepan Portugal apabila gagal menahan kemas sehingga Cristiano Ronaldo berjaya meledak jaringan hatrik pada perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Fisht, Sochi, Sabtu lalu.

Kepercayaan peminat La Furia Roja terhadap pemain berusia 27 tahun itu diragui apabila sebelum ini De Gea juga melakukan kesilapan sama pada tiga perlawanan bersama Sepanyol.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ini kami tidak mahu menjatuhkan moral setiap pemain dan mereka sudah mempamerkan aksi yang terbaik untuk meraih kemenangan. Saya yakin De Gea akan memperbaiki segala kelemahan.

“Dalam bola sepak segalanya mampu terjadi dan insiden seperti itu sukar diramal. Bagi saya, ketika ini dia (De Gea) mendapat sokongan yang baik dalam pasukan ini termasuk ketua jurulatih, Fernando Hierro.

“Pasukan telah menjalani latihan dan kami sudah bersiap sedia untuk memastikan kami mampu me­ngutip tiga mata penting,” katanya.

Selepas ini, Sepanyol akan berdepan Iran di Arena Kazan pada awal pagi Khamis ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini