KUANTAN – Dua sekeluarga maut, enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Km233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kuantan di sini tengah malam tadi, menurut polis. Dalam kemalangan pada kira-kira pukul 12.05 malam itu, Hamzah Hitam, 77, dan cucunya Muhammad Hairi Khosni, 18, yang merupakan penumpang belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut di tempat kejadian. Empat lagi anggota keluarga itu…










