Colombia digesa turunkan Izquierdo - Utusan Malaysia

Colombia digesa turunkan Izquierdo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Bekas pemain Colombia, Jorge Bermudez mahu Jose Izquierdo diturunkan bersama dalam kesebelasan utama kerana percaya dia bakal memberikan saingan hebat apabila bertemu Jepun bagi perlawanan pembukaan Kumpulan G Piala Dunia 2018 di Arena Mordovia malam ini.

Bermudez yang pernah melakukan 56 penampilan bersama skuad kebangsaan menganggap pemain sayap Brighton & Hove Albion tersebut dapat memperkemaskan lagi skuad Los Cafeteros ketika beraksi nanti.

Pada masa sama, ketua jurulatih Me­xico, Jose Pekerman akan menggunakan formasi 4-3-3, manakala Bermudez me­rasakan taktikal tersebut akan menyebabkan keraguan terhadap status Izquierdo.

“Saya berminat untuk melihat Izquierdo beraksi pada perlawanan pembukaan ini, namun ia bergantung pada Pekerman untuk membuat sebarang keputusan.

“Jika Pekerman menggunakan tiga pemain beraksi di bahagian tengah dan meletakkan Abel Aguilar, Mateus Uribe dan Carlos Sanchez, ia akan menyebabkan Izquierdo akan diketepikan.

“Namun jika Juan Cuadrado, James Rodriguez dan Rademel Falcao berada di barisan depan, saya tetap mahu melihat Izquierdo beraksi bersama pasukan.

“Jika dia bermain, pastinya Izquierdo akan bergandingan bersama Sanchez dan seorang lagi ialah Aguilar atau Uribe.

“Ia sangat bagus sekiranya Izquierdo diturunkan kerana Rodriguez dan Falcao perlukan lebih banyak kehadiran sera­ngan serta bantuan daripada bahagian tengah,” kata Bermudez. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN