ISTIMEWA sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sengaja Kosmo! menggabungkan tiga pesona seni yang sedang mekar meniti di bibir peminat. Pertemuan antara Eyra Hazali, Azrel Ismail dan Elisya Sandha yang diatur jauh sehingga ke utara tanah air berlangsung dengan penuh ceria biarpun sesi fotografi yang bermula selepas waktu berbuka puasa tersebut tamat apabila jarum jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah malam. Teruja berkongsi cerita, dalam kesibukan membina kerjaya sebagai…










