TEKA-TEKI siapa calon Menteri Besar Selangor ke-16 sudah terjawab Selasa lalu. Seperti diduga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari, 38, dipilih menyandang kerusi nombor satu di Selangor itu berbanding tiga nama lain yang disebut-sebut sebelum ini iaitu ADUN Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei; ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad dan ADUN Seri Setia, Dr. Shaharuddin Badaruddin. Beliau yang merupakan anak kelahiran Pontian, Johor, dilantik menggantikan Datuk Seri Mohamad Azmin…










