Buruh temui jalan era pemerintahan Rom - Utusan Malaysia

Buruh temui jalan era pemerintahan Rom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM, Britain – Beberapa orang buruh binaan terkejut selepas menemui sebatang jalan purba dipercayai dibina ketika Empayar Rom berdekatan Victoria Square di sini Selasa lalu.

Sewaktu binaan purba itu dijumpai, pekerja-pekerja tersebut sedang menggali lubang untuk menyiapkan projek pembesaran jaringan tram Midland Metro.

Beberapa keping gambar penemuan jalan berturap batuan itu kemudian dimuat naik oleh Ahli Majlis Perbandaran, Brigid Jones di laman Instagram.

Katanya, beliau mendapat pelbagai spekulasi kononnya jalan itu dibina pada zaman Rom, Saxon, Pertengahan dan Victoria.

Seorang ahli arkeologi kemudian dipanggil untuk melihat penemuan tersebut dan jurucakap Midland Metro berkata, mereka mengesahkan penemuan tersebut dan memberitahu kerja-kerja menggali akan diteruskan.

“Ahli arkeologi telah melawat tapak ini untuk mendapatkan maklumat penemuan ini dan kami sedang menunggu hasilnya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN