KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah namun bertukar positif selepas 45 saat didagangkan hari ini, menjejaki indeks ekuiti semalaman Amerika Syarikat (AS) yang pulih daripada kejatuhan selama beberapa hari yang lepas. Pada 9.08 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 5.21 mata kepada 1,681.44 berbanding 1,675.86 pada penutupan Selasa. Indeks dibuka 1.62 mata lebih rendah kepada 1,674.24. Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter…










