TOKYO – Seekor anjing menjadi sensasi di internet selepas bulunya dirapi hingga kelihatan seperti biri-biri oleh seorang pendandan baru-baru ini. Pendandan anjing, Yoriko Hamachiyo telah memuat naik gambar anjing poodle bernama Sesame milik seorang pelanggannya di laman Instagram selepas merapi bulu haiwan itu membentuk seperti bulatan di salunnya. Kebanyakan pengguna internet memuji kreativiti Hamachiyo yang berjaya mengubah penampilan asal Sesame kepada sesuatu yang unik. “Ia membuatkan saya mahu memiliki seekor anjing poodle, jadi saya boleh membawanya berjumpa pendandan,” komen seorang individu. Beberapa keping gambar Sesame yang diambil dalam pelbagai posisi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya