SEREMBAN 23 Jun– Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan debat antara calon Presiden pada 29 Jun ini sebagai platform bagi membincangkan masa depan dan hala tuju UMNO. Beliau berkata, debat tersebut dilihat sebagai perbincangan antara ahli keluarga UMNO yang sekali gus mempamerkan UMNO baharu dan bukan untuk menyerang antara satu sama lain. “Saya mengambil kira semua pandangan dan nasihat termasuk daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad…










