BALIK PULAU – Seorang budak lelaki berusia enam tahun maut dirempuh sebuah lori membawa muatan ikan ketika melintas jalan di hadapan flat Taman Sahabat, Lorong Gertak Sanggul 1, Teluk Kumbar di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Sabirin Khasim (gambar kecil) disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain bersama beberapa rakan di pekarangan flat rumah…










