KUALA LUMPUR 5 Jun – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mahu memberi sebarang komen berhubung khabar angin peletakan jawatan Gabenor, Tan Sri Muhammad Ibrahim. “No komen,” reaksi ringkas daripada jurucakap BNM menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini. Bloomberg yang memetik sumber melaporkan Muhammad menawarkan diri untuk meletakkan jawatan setelah memegang jawatan itu selama dua tahun. Bagaimanapun, tidak dapat dinyatakan secara jelas sama ada kerajaan menerima tawaran tersebut atau tidak.…










