TUARAN 10 Jun – Tindakan Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO), Datuk Seri Wiflred Madius Tangau yang menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) disifatkan sebagai pengkhianat kepada rakyat khususnya pengundi di Parlimen Tuaran. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu jelas membuktikan sikap pemimpin tersebut tidak mempunyai pendirian tetap sehingga mengetepikan kepercayaan yang diberikan rakyat. Hajiji berkata, tindakan tersebut bagaimanapun tidak akan menjejaskan…










