AWANG mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ramadan tiba ke kemuncaknya dan kehadiran Syawal menandakan kemenangan melawan hawa nafsu selama sebulan. Teruskan segala amalan baik pada bulan-bulan seterusnya. Semoga bermanfaat. Bagi mengisi hari raya, teruskanlah tradisi kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi. Kukuhkan semangat ukhuwah yang mungkin tercalar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Jika pilihan raya menjadi medan pertelingkahan pendapat dan sebagainya,…










