SEBENARNYA jarang wartawan mahu bercerita tentang perihal dalaman berkaitan tugas harian mereka. Kalau ada pun, mereka memilih menyimpan anekdot tentang pengalaman menjadi pengamal media untuk dibukukan dalam memoir dan diterbitkan selepas bersara. Kalau tidak, cukuplah ia sekadar menjadi bualan sesama sendiri untuk mengingati kisah-kisah tersebut termasuk layanan diberikan kepada pengamal media. Kisah itu ada yang melucukan dan kadang-kadang menyakitkan. Ia dianggap sebagai asam garam sebagai orang surat khabar, wartawan penyiaran…










