KUALA LUMPUR 20 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak akan berundur untuk membantu membawa perubahan yang diperlukan parti itu susulan kekalahan paling teruk dalam sejarah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu. Sambil menyifatkan dirinya sebagai paling senior yang masih berada dalam saf kepimpinan parti, Annuar berkata, beliau menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ini untuk membantu pucuk pimpinan dan Presiden dalam usaha merekayasa semula UMNO sebagai satu wadah perjuangan umat Islam, kaum bumiputera dan bangsa Malaysia keseluruhannya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya