BRONNITSY, Rusia 22 Jun – Argentina hari ini menafikan bahawa pemainnya mahu jurulatih Jorge Sampaoli dipecat sebelum saingan terakhir Kumpulan D menenentang Nigeria berikutan kekalahan memalukan 0-3 kepada Croatia, kelmarin. “Ia sudah tentu berita palsu,” menurut kenyataan rasmi pasukan Argentina. Menurut kenyataan tersebut, segalanya mengenai perbincangan di kalangan pemain adalah tidak benar. Berikutan aksi menentang Croatia kelmarin, terdapat laporan dalam akhbar tempatan dan antarabangsa mengenai perbalahan antara pemain dengan pihak…










