Bekas Penolong Jurutera Maidam dipenjara sebulan, denda RM32,000 - Utusan Malaysia

Bekas Penolong Jurutera Maidam dipenjara sebulan, denda RM32,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas Penolong Jurutera Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung pemasangan karpet di sebuah surau, tiga tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Syed Ahmad Izzuddin Syed Abdullah, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh juga diperintah menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad Haldar juga memerintahkan tertuduh membayar kos pendakwaan sebanyak RM3,000 dan jika gagal berbuat demikian tertuduh bakal berdepan hukuman penjara tambahan selama enam bulan.

Berdasarkan pertuduhan, Syed Ahmad Izzuddin didakwa memperdaya Akauntan Unit Kewangan Maidam dengan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM6,400 bagi projek pemasangan karpet di Surau Al-Hijrah, Tok Adis di sini yang sebenarnya tidak mengikut spesifikasi pada 29 Disember 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda atau RM10,000 mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini